Tuesday, May 19, 2009

RM 60 Juta bina Jambatan Sitompok


KUALA PENYU– Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM60 Juta bagi membina Jambatan Sungai Sitompok disini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Lajim Ukin berkata, pembinaan jambatan sitompok akan di jangka di bina sebelum penghujung tahun ini.

”Walaubagaimanapun, Masyarakat didaerah ini dan pengguna perkhidmatan feri yang kini masih digunakan bagi menghubungkan pekan kuala penyu dengan kawasan yang berhampiran agar dapat memberi ruang dan masa kepada kerajaan pusat bagi melaksanakan projek berkenaan.” Katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan (Berkelompok) Persidangan Tahunan Cawangan – cawangan UMNO DUN Kuala Penyu 2009 di dewan Dato Shah Bandar Makang baru – baru ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian UMNO,Isnin aliasneh,Naib ketua Bahagian,Datuk Kimjus Duim,Ketua Pemuda UMNO,Ishak Ibrahim,Ketua Puteri UMNO Beaufort,Saridah Mohd Dun dan AJK UMNO Bahagian Beaufort.

Beliau berkata, kerajaan kini masih dalam proses merekabentuk jambatan berkenaan sebelum proses pembinaan dilaksanakan.

Katanya, apabila terbinanya projek pembinaan jambatan tersebut itu nanti, kesesakan yang berlaku pada perkhidmatan feri kini akan dapat diatasi kelak.

Sementara itu, Lajim berkata, Projek menaiktaraf dewan dato shah bandar makang disini juga akan turut dinaik taraf bagi kegunaan dan keselesaan masyarakat daerah ini dalam tempoh terdekat.

2 comments:

  1. DAH BANYAK KALI KELUAR STORY NI NANTI RAKYAT ANGGAP RETORIK PULA

    ReplyDelete
  2. Banyak kali keluar story nda pula mengapa ngapa...Nanti yg bahaya ni Pengundi/Rakyat Beaufort tanya berapa juta/persen GG dapat Komisen jambatan tu...!! Naya lagi tu Penyelaras KJ....

    ReplyDelete