Sunday, May 17, 2009

BELIA DISARAN MEMPERJUANGKAN SYIAR ISLAM

BEAUFORT: Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Seri Lajim Ukin berkata, golongan belia merupakan aset utama Negara dalam memperjuangkan syiar islam pada masa kini dan akan datang.

Katanya,belia kini haruslah belajar mempelajari dan mendalami syiar islam agar dapat menjadi seorang yang berpendidikan luas dalam bidang agama.

“Pada zaman kini,golongan belia begitu kurang untuk meminati dan mendalami pengetahuan agama islam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Memperingati Sirah Rasullallah di Balairaya kampung lajau di sini baru – baru ini.

Selain itu katanya, Golongan belia perlu kembali menghayati perjuangan syiar islam dan perjuangan Rasulallah di mana baginda mampu menyatukan bangsa Arab daripada pelbagai qabilah selain mendamaikan puak Aus dan Khazraj di bawah satu bumbung.

“Umat islam khususnya golongan belia perlu kembali membina kesatuan yang utuh bagi mengangkat kembali martabat masyarakat islam melalui peningkatan semangat patriotisme iaitu kecintaan kepada tanah air,” kata lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Menurutnya,pada era yang semakin mencabar ini,Negara memerlukan generasi belia yang berkualiti daripada kelompok masyarakat yang berilmu dengan menguasai pelbagai ilmu keagamaan.

Ini kerana katanya ,matlamat bagi melahirkan umat islam berjiwa besar,berilmu dan bersemangat kental bagi menggerunkan musuh – musuh islam.

“Hanya generasi yang berkualiti akan dapat melaksanakan agenda besar bagi membina kemajuan,peradaban dalam pembangunan negara,” ujarnya. Oleh : Erdie Ab Wahid



No comments:

Post a Comment