Monday, May 18, 2009

AHLI PBBS PERLU HARGAI JASA PEMIMPIN TERDAHULU

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS),Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mengingatkan agar semua ahli PBBS khususnya golongan belia sentiasa memiliki rasa hormat dan menghargai jasa – jasa yang telah diberikan oleh pemimpin yang terdahulu.

Menurut beliau, golongan belia merupakan aset penting Negara bagi mewarisi tonggak kepimpinan pada masa akan datang,bukan sahaja di dalam PBBS tetapi juga untuk negeri dan Negara Malaysia.

“saya juga berharap agar semua ahli PBBS akan terus memainkan peranan dengan memastikan seluruh masyarakat Bisaya di negeri ini terus bersatu padu dan menyokong kepimpinanan tertinggi negeri dan negara demi menjamin kelangsungan suasana aman dan harmoni yang sedang kita nikmati sekarang ini,” katanya

Beliau menyeru agar semua ahli PBBS dapat memartabatkan seni budaya masyarakat Bisaya keseluruh pelusuk tempat agar dapat menjadi sebagai salah satu daya tarikah pelancong kenegeri Sabah.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBBS Kali kedua di salah sebuah hotel terkemuka,disini baru – baru ini.

Tambahnya, Kesenian yang unik seperti bagandang yang sukar di temui dalam mana – mana negeri di Malaysia merupakan salah satu produk pelancongan yang boleh di manfaatkan seterusnya mengusahakan penghasilan produk – produk kraftangan yang belum diusahakan secara komersial.

“PBBS juga perlu turut sama memainkan peranan dalam usaha menjelaskan visi dan misi Kerajaan Barisan Nasional kepada masyarakat Bisaya keseluruhannya agar mereka dapat memahami matlamat perjuangan yang sebenar,” ujarnya.

Dalam pada itu,Lajim berkata, Perayaan Adau Janang Gayuh yang disambut oleh Masyarakat Bisaya bagi memperingati dan menghargai jasa para pemimpin bisaya akan di masukkan di dalam Kalendar pelancongan pada tahun akan datang.

“Sambutan perayaan seperti ini amat penting bagi mengekalkan perpaduan diantara masyarakat bisaya dengan masyarakat lain di negeri ini tanpa mengira fahaman agama dan bangsa,” katanya sambil berharap agar perayaan Adau Janang Gayuh pada tahun ini akan lebih meriah dari sebelumnya.

Perayaan Adau Janang Gayuh 2009 dijangka akan diadakan pada 17 – 19 Julai depan yang akan di adakan bertempat di Kampung Kerukan dalam daerah Kuala Penyu.

Hadir sama pada mesyuarat AMT,Pemangku Timbalan Presiden,Hajah Siti Aideh Hj Lokin,Naib – naib presiden,Haji Samin Haji Ongki,Tarawi Rukot dan beberapa AMT PBBS.OLEH ERDIE AB WAHID


No comments:

Post a Comment