Sunday, May 17, 2009

BERSATU DAN BERMUAFAKAT JAYAKAN SATU MALAYSIA

BEAUFORT : Masyarakat berbilang kaum di negeri ini diingatkan agar terus mengamalkan sikap bermuafakat dan bersatupadu bagi menjayakan konsep “Satu Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,keharmonian dan sikap muakafat serta bersatu padu inilah yang akan menjadi asas kepada kejayaan semua masyarakat berbilang kaum.

“Kekayaan warisan tradisi seni dan budaya yang dimilik rakyat ini turut menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran untuk faedah rakyat seterusnya Negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa’ Musa Beaufort,disini petang kelmarin.

“Melalui perayaan ini seluruh masyarakat dapat mengukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama dikalangan masyarakat bagi membantu kerajaan negeri dan pusat dalam menjayakan rancangan pembangunan kerajaan,” kata lajim

Katanya lagi,perayaan ini juga dapat membantu mempromosikan tempat-tempat menarik di daerah beaufort serta dapat mengetengahkan produk-produk kraftangan ke peringkat antarabangsa.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut berharap agar masyarakat pelbagai etnik khususnya di sabah dapat memanfaatkan perayaan ini sebagai wadah bagi mengeratkan perpaduan demi kemakmuran Negara.

“Saya berharap agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dan mengembeling tenaga bersama pemimpin agar pembangunan terus terlaksana,”ujarnya lagi

HAdir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Politik Kementeian Pembangunan Insfrastuktur,Isnin Aliasneh,Pegawai Daerah Beaufort,Tuan Haji Sidek Jubar,Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Klias,Tuan Haji Razali Mohd Tahir dan Ahli Majlis Tertinggi KDCA,Datuk Kimjus Duim.OLEH : ERDIE AB WAHID.



No comments:

Post a Comment