Sunday, May 17, 2009

K-BESTARI SAMPAIKAN MAKLUMAT DENGAN SAHIH DAN TEPAT

KUALA PENYU : Komuniti Bestari Jabatan Penerangan (KBJP) disaran hendaklah memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat – maklumat sahih,tepat dan berkesan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat diperingkat akar umbi.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, Melalui penubuhan Komuniti Bestari Jabatan Penerangan akan dapat menangkis tohmahan daripada pihak – pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keamana Negara.

“Kesetiaan masyarakat mestilah dipertahankan bagi melestari dan meneruskan kesinambungan kerajaan yang memerintah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Baru,Datuk Seri Najib Tun Ab Razak yang mempunyai integriti teguh bagi memastikan kesinambungan pembangunan untuk rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bersepadu Komuniti Bestari Bersama Jabatan Penerangan Sabah bertempat di Padang Kampung Mansud di sini pagi kelmarin.

“Saya beharap agar dengan adanya program seperti ini (Program Bersepadu Komuniti Bestari) akan dapat mengerakkan lagi komitmen masyarakat bagi membudayakan slogan Perdana Menteri Malaysia iaitu,Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan.” Kata Lajim.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menambah,Tanggungjawab dan amanah yang diletakkan diatas bahu Perdana Menteri perlu kita sokong dan membantu dalam apa juga yang berlaku.

“Saya berharap agar Komuniti Bestari Jabatan Penerangan akan dapat merealisasikan kehendak kerjaan iaitu menterjemah maklumat mengikut kehendak rakyat,” ujarnya lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Ketua Bahagian UMNO Beaufort,Datuk Kimjus Duim,Pegawai – pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Beaufort dan beberapa Ahli Jawatankuasa UMNO Beaufort. OLEH ERDIE AB WAHID



No comments:

Post a Comment