Monday, May 18, 2009

IBUBAPA DAN GURU REALISASIKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA

BEAUFORT: Ibu bapa dan para guru diseru agar merealisasikan modal insan kelas pertama yang menjadi tanggungjawab semua pihak di laksanakan dengan sebaiknya agar dapat membentuk sahsiah diri serta kemajuan pendidikan anak-anak.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata mereka juga harus memperkasakan diri dengan ketinggian jatidiri,kemantapan pegangan agama dan keunggulan Ilmu pengetahuan.

Teks Ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politik Kepada Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Insfrastuktur,Isnin Aliasneh pada Majlis Perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKEP) 2009 bertempat di Dewan SMK Beaufort II,disini pagi kelmarin.

“Para pelajar juga diingatkan agar dapat menguasai Teknologi Maklumat ICT dan aktif di dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Tambahnya lagi,Kerajaan kini telah memperuntukkan sebanyak RM 12.3 Billion dalam Rancangan Malaysia Ke-9 demi memperkasakan system pendidikan kearah pembangunan modal insan kelas pertama.

“Keprihatinan kerajaan ini amat terbukti melalui Program Lonjakan Perdana dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,” Kata Isnin yang mewakili lajim pada majlis itu.

Beliau juga turut menyeru kepada semua pelajar agar dapat merubut peluang dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang ada agar Daerah Beaufort mampu melahirkan lebih ramai Bakal Peneraju Negara pada masa akan datang.

“Selain itu juga,para pelajar juga harus mengamalkan gaya hidup sihat dan menghindari daripada terjebak daripada masalah social seperti membuli, gangsterisme, vandalisme, penagihan dadah, mat rempit dan sebagainya,” Ujarnya.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort yakin dengan adanya komitmen guru-guru,ibu bapa dan masyarakat setempat mampu membentuk anak – anak menjadi modal insane kelas pertama.

Pada majlis itu,seramai tiga orang pelajar telah menerima Anugerah Pelajar Harapan iaitu,Nathanel Wong Fui Yong (PMR), Khairul Izzat Jair (SPM) dan Muhd Abil Hawariy Matsah (STPM) manakala adik Faiznur Farhana Jaafar dianugerahkan Anugerah Khas Pengetua.

Hadir Sama pada majlis itu ialahPegawai Pelajaran Daerah Beaufort,Salleh Edrus,Pengetua SMK Beaufort II,Tuan Hj Mahamad Shukri Bin Said,Penolong Kanan Pentadbiran,Norzam Md Yusof,AJK UMNO Bahagian,Pegawai – Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan Guru- guru SMK Beaufort II. Oleh : ERDIEHAZZUAN AB WAHID






No comments:

Post a Comment