Sunday, May 17, 2009

KPKT AKAN SERAGAMKAN AKTA PERATURAN PBT


KUALA PENYU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan berusaha menyeragamkan beberapa akta peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta skim perumahan di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (Gambar) berkata, usaha itu perlu dilakukan memandangkan terdapat beberapa peraturan seperti Akta Hiburan yang tidak seragam di beberapa buah negeri.

“Sebagai contoh Akta Hiburan di Sabah berbeza kerana ada yang dibuka sehingga pukul satu pagi sementara beberapa buah negeri di Semenanjung dibuka sehingga pukul dua dan tiga pagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Perasmian Serentak (Berkelompok) Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO DUN Kuala Penyu 2009 di Dewan Dato’ Shahbandar Makang di sini kelmarin

“Usaha itu perlu dibuat agar hasrat kerajaan merealisasikan konsep Satu Malaysia dapat dicapai dengan jayanya,” kata Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort

Beliau yakin hasrat itu mampu dicapai tetapi akan mengambil masa kerana terpaksa mengambil kira beberapa faktor seperti soal politik, alam sekitar serta beberapa masalah lain sebelum dapat menyelaraskan semua peraturan yang terkandung dalam akta PBT.

Kementeriannya juga perlu mendapatkan maklumbalas daripada masyarakat agar peraturan-peraturan yang bakal dibuat oleh kerajaan persekutuan itu akan membawa kebaikan kepada masyarakat. Oleh : Erdie Ab Wahid

BELIA DISARAN MEMPERJUANGKAN SYIAR ISLAM

BEAUFORT: Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Seri Lajim Ukin berkata, golongan belia merupakan aset utama Negara dalam memperjuangkan syiar islam pada masa kini dan akan datang.

Katanya,belia kini haruslah belajar mempelajari dan mendalami syiar islam agar dapat menjadi seorang yang berpendidikan luas dalam bidang agama.

“Pada zaman kini,golongan belia begitu kurang untuk meminati dan mendalami pengetahuan agama islam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Memperingati Sirah Rasullallah di Balairaya kampung lajau di sini baru – baru ini.

Selain itu katanya, Golongan belia perlu kembali menghayati perjuangan syiar islam dan perjuangan Rasulallah di mana baginda mampu menyatukan bangsa Arab daripada pelbagai qabilah selain mendamaikan puak Aus dan Khazraj di bawah satu bumbung.

“Umat islam khususnya golongan belia perlu kembali membina kesatuan yang utuh bagi mengangkat kembali martabat masyarakat islam melalui peningkatan semangat patriotisme iaitu kecintaan kepada tanah air,” kata lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Menurutnya,pada era yang semakin mencabar ini,Negara memerlukan generasi belia yang berkualiti daripada kelompok masyarakat yang berilmu dengan menguasai pelbagai ilmu keagamaan.

Ini kerana katanya ,matlamat bagi melahirkan umat islam berjiwa besar,berilmu dan bersemangat kental bagi menggerunkan musuh – musuh islam.

“Hanya generasi yang berkualiti akan dapat melaksanakan agenda besar bagi membina kemajuan,peradaban dalam pembangunan negara,” ujarnya. Oleh : Erdie Ab Wahid



K-BESTARI SAMPAIKAN MAKLUMAT DENGAN SAHIH DAN TEPAT

KUALA PENYU : Komuniti Bestari Jabatan Penerangan (KBJP) disaran hendaklah memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat – maklumat sahih,tepat dan berkesan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat diperingkat akar umbi.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, Melalui penubuhan Komuniti Bestari Jabatan Penerangan akan dapat menangkis tohmahan daripada pihak – pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keamana Negara.

“Kesetiaan masyarakat mestilah dipertahankan bagi melestari dan meneruskan kesinambungan kerajaan yang memerintah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Baru,Datuk Seri Najib Tun Ab Razak yang mempunyai integriti teguh bagi memastikan kesinambungan pembangunan untuk rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bersepadu Komuniti Bestari Bersama Jabatan Penerangan Sabah bertempat di Padang Kampung Mansud di sini pagi kelmarin.

“Saya beharap agar dengan adanya program seperti ini (Program Bersepadu Komuniti Bestari) akan dapat mengerakkan lagi komitmen masyarakat bagi membudayakan slogan Perdana Menteri Malaysia iaitu,Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan.” Kata Lajim.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menambah,Tanggungjawab dan amanah yang diletakkan diatas bahu Perdana Menteri perlu kita sokong dan membantu dalam apa juga yang berlaku.

“Saya berharap agar Komuniti Bestari Jabatan Penerangan akan dapat merealisasikan kehendak kerjaan iaitu menterjemah maklumat mengikut kehendak rakyat,” ujarnya lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Ketua Bahagian UMNO Beaufort,Datuk Kimjus Duim,Pegawai – pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Beaufort dan beberapa Ahli Jawatankuasa UMNO Beaufort. OLEH ERDIE AB WAHID



BERSATU DAN BERMUAFAKAT JAYAKAN SATU MALAYSIA

BEAUFORT : Masyarakat berbilang kaum di negeri ini diingatkan agar terus mengamalkan sikap bermuafakat dan bersatupadu bagi menjayakan konsep “Satu Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,keharmonian dan sikap muakafat serta bersatu padu inilah yang akan menjadi asas kepada kejayaan semua masyarakat berbilang kaum.

“Kekayaan warisan tradisi seni dan budaya yang dimilik rakyat ini turut menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran untuk faedah rakyat seterusnya Negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa’ Musa Beaufort,disini petang kelmarin.

“Melalui perayaan ini seluruh masyarakat dapat mengukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama dikalangan masyarakat bagi membantu kerajaan negeri dan pusat dalam menjayakan rancangan pembangunan kerajaan,” kata lajim

Katanya lagi,perayaan ini juga dapat membantu mempromosikan tempat-tempat menarik di daerah beaufort serta dapat mengetengahkan produk-produk kraftangan ke peringkat antarabangsa.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut berharap agar masyarakat pelbagai etnik khususnya di sabah dapat memanfaatkan perayaan ini sebagai wadah bagi mengeratkan perpaduan demi kemakmuran Negara.

“Saya berharap agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dan mengembeling tenaga bersama pemimpin agar pembangunan terus terlaksana,”ujarnya lagi

HAdir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Politik Kementeian Pembangunan Insfrastuktur,Isnin Aliasneh,Pegawai Daerah Beaufort,Tuan Haji Sidek Jubar,Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Klias,Tuan Haji Razali Mohd Tahir dan Ahli Majlis Tertinggi KDCA,Datuk Kimjus Duim.OLEH : ERDIE AB WAHID.



DATIN SERI PANGLIMA NORMILAH SIONG MAHKOTAKAN UNDUK NGADAU BEAUFORT


UNDUK NGADAU BEAUFORT…Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beaufort telah diadakan pada sabtu lepas bertempat di Dewan Masyarakat Pa’Musa Beaufort yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Pada majlis itu, Affy Jackleyinda Entawan telah di pilih sebagai Pemenang Unduk Ngadau Beaufort 2009 setelah berjaya mengenepikan 13 peserta lain. Affy membawa pulang hadiah berupa Mahkota Unduk Ngadau,Trofi, Barangan Kecantikan Pets Jelita,sejambak bunga dan beberapa barangan lain.

Naib Juara di menangi oleh Kimberly Fay Catharinus dan ketiga di menangi oleh Mariyati Balang yang turut membawa pulang Barangan Kecantikan Pets Jelita dan sejambak bunga.

Isteri kepada Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datin Seri Panglima Hajah Normila Siong telah diberi penghormatan meletakkan mahkota Unduk Ngadau dan selendang kepada Affy Jackleyinda Entawan pada majlis memahkotakan Undau Ngadau Beaufort.

Datin Seri Panglima Hjh Normilah memahkotakan Unduk Ngadau kepada

Affy Jackleyinda Entawan



Kelihatan Affy Jackleyinda Entawan (duduk tengah) di apit oleh Mariyati Balang (kiri bernombor 7) dan Kimberly Fay Catharinus (kanan).Gambar : EAW

Wednesday, April 29, 2009

ORANG ATASAN YANG TIDAK DENGAR PENDAPAT ORANG BAWAHAN

Saya rasa semua pekerja inginkan seorang majikan yang mesra dengan pekerja dan tidak mengarah pekerja tanpa sebab..dan saya rasa pasti sesetengah pekerja inginkan majikan nya dengar pendapat para pekerja nya... tapi bagi saya,selama saya berkerja di pejabat itu,saya rasa orang atasan tidak pernah mendengar pandangan orang bawahan,semua nak dengar cakap dia,semua nak dengar apa yang dia nak....tapi semua apa yang dia buat,semua yang zaman 60 an punya....walaupun bos besar saya pernah tegur,apa yang di buat tu,khususnya surat rasmi adalah format lama,tpi dia masih juga memakai format lama...sapa yang silap di sini???? kadang- kadang dia anti pada satu bangsa ini,tapi biarlah menjadi rahsia bangsa apa yang dia anti,sampaikan segala permohonan dan permintaan sumbangan daripada masyarakat bangsa ini langsung dia tak endahkan....macamana dia nak jadi seorang pemimpin suatu hari nanti...syukurlah bermula 1 mei dia dah tidak lagi memimpin pentadbiran pejabat saya danm dia akan di "buang" di pejabat lain..walau bagaimanapun saya respek bos besar saya yang satu ni,beliau begitu rapat dan mesra pada rakyat..dia tidak mengira mana2 bangsa,yang penting rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan....
p/s : majikan - majikan sekalian,sekali sekala dengarlah pendapat orang di bawah kita....kerana pasti ada kebaikan jika kita dgr pendapat pekerja kita

BULAN YANG PENUH AKTIVITI

Bulan April bakal melabuhkan tirainya pada khamis ini yang mana kita akan bertemu bulan mei pula..Pada bulan mei ini,pelbagai aktiviti dan program akan berlaku pada bulan mei ini yang mana masayarakat negeri sabah khususnya masyarakat Kadazan Dusun akan merayakan pesta kaamatan atau lebih di kenali pesta menuai.
bermula 1 Mei 2009 ini saya akan mula sibuk mengikuti segala program dan aktiviti yang di jalankan oleh Bos saya yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin yang mana beliau akan menghadiri pelancaran pesta kaamatanperingkat negeri sabah di Dewan Masyarakat Papar yang akan dirasmikan oleh Ketua menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman.
Walaupun saya baru hampir 7 Bulan berkerja bersama beliau,pelbagai pengalaman baru saya perolehi bila bersama beliau yang mana saya dapat melihat sendiri sejauh mana keakraban beliau bersama rakyat di kawasan Parlimen Beaufort (Kawasan Klias dan Kawasan Kuala Penyu). setiap kali ada program beliau,pasti suatu majlis akan di penuhi dengan rakyat dan masyarakat sekitar.
bercerita kembali bulan yang penuh dengan aktiviti ini,walaupun kadang- kadang saya bergerak seorang diri dalam menjalankan kerja dalam media,saya juga akan bekerjasama dengan pegawai media bos saya iaitu saudara jaafar ab wahid yang mana beliau banyak mengajar saya bagaimana kerja bersama bos saya. terutama sekali pada persidangan agung umno di kuala lumpur baru - baru ini. segala tugas kami berjalan lancar walaupun ada kecacatan pada sesetengah masa bertugas.
Boleh katakan bermula 1 mei hingga 16 mei 2009,saya akan menguatkan semangat bagi menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepada saya...insyaAllah....