Monday, May 18, 2009

MASALAH SETINGGAN DI SABAH AKAN DIATASI SEGERA


KUALA PENYU: Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha memastikan masalah setinggan di negara ini khususnya di Sabah dapat diatasi dengan segera.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan persekutuan telah menambah peruntukan bagi mengatasi masalah setinggan di negeri ini.

“Penambahan peruntukan tersebut adalah bagi kawasan setinggan yang didiami masyarakat bumiputera Sabah dan bukannya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO DUN Kuala Penyu 2009 di Dewan Dato Shahbandar Makang,disini kelmarin.

“Kerajaan akan menyediakan penempatan baharu yang lengkap dengan kemudahan asas dan akan memberikan notis tiga hingga enam bulan bagi memudahkan mereka berpindah ke penempatan tersebut sebelum bertindak merobohkan rumah setinggan mereka.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kementeriannya juga akan berusaha menyalurkan bantuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama sekali bagi mengatasi masalah setinggan serta masalah sampah di negeri ini.

Tambahnya lagi,Sehingga kini telah banyak projek perumahan rakyat serta projek sewa beli telah dimulakan bagi menyelesaikan masalah setinggan terutama sekali kawasan yang mempunyai permintaan tinggi seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


“Projek perumahan sewa beli itu dibuat agar pekerja yang datang dari luar Kuala Lumpur mampu mendapat kemudahan perumahan yang murah dan selesa dengan hanya membayar sewa sebanyak RM124 sebulan bagi rumah yang mempunyai tiga bilik,” ujarnya lagi. Oleh : Erdie Ab Wahid



SALAM...Lajim bersalaman dengan masyarakat Kuala Penyu yang hadir pada majlis perasmian itu.

1 comment:

  1. Kalau cakap tak serupa bikin susah juga Datuk...Apa yg nyata dan menjadi Bukti adalah apa yg Rakyat dan pengundi nampak/lihat.Tidak perlu bersuluh kalau Perumahan kerajaan d Kota Kinabalu tu jelas d lihat...LPPBnya kah PPRnya kah kesemuanya rumah2 dan Apartment d bina khas buat d diami oleh PATI yg d berikan IC...Bererti sama juga menyediakan tempat tingal dan perniagaan kepada orang asing.Hanya Kerajaan Persekutuan sahaja yg berkuasa kearah pemberian Mykad Malaysia kan JPN d bawah Kerajaan Persekutuan....Kekadang ada pemimpin sanggup mengadaikan maruah gara2 takut akan Kekuasaan Kerajaan Persekutuan....Ada d antara Pemimpin yg takut akan pengundi Hantu....

    ReplyDelete