Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua kawan - kawan dan semua yang membaca blog saya ini..kali ni saya nak berkongsi sediit pengalaman yang paling besar sepanjang saya berada dalam karier media..bermula pada 2 januari 2008,saya di terima bekerja di akhbar Utusan Borneo sebagai jurugambar...walaupun hanya memegang pangkat jurugambar,saya juga turut di arahkan untuk menjadi wartawan...walaupun gaji yang sedikit...selang beberapa bulan kemudian saya di tugaskan kebeberapa daerah untuk membuat liputan media sepanjang musim pilihanraya umum ke 12...saya rasa pada masa itu,itulah pengalaman saya yang saya rasa paling besar,tapi rupanya ada lagi yang paling besar.. (jap lagi saya ceritakan). tanggal tarikh 17 April 2008 saya berhenti sebagai jurugambar di Utusan Borneo dan berpindah kerja sebagai Setiausaha akhbar kepada Menteri pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna sabah...pada masa itu,saya hanya berkerja selama satu minggu atas sebab dalaman pentadbiran pejabat menteri. selepas daripada itu,saya hanya bergerak sebagai wartawan bebas di kawasan saya iaitu daerah beaufort. Tanggal 23 Oktober 2008,Saya dilantik sebagai Pegawai Akhbar kepada Ahli Parlimen Beaufort,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Alhamdullilah,sekarang dah hampir 6 bulan saya berkerja bersama beliau,pelbagai cabaran,dugaan yang saya tempuhi sepanjang bekerja bersama beliau. yang paling seronok saya selesa bekerja bersama beliau dan semua pegawai dan Barisan Kepimpinan UMNO bahagian beaufort. Sekrang pada tanggal 23hb Mac 2009 yang lepas,saya di tugaskan membuat liputan media Pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 Di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang bermula pada 24 - 28 Mac 2009. Pada hari pertama dan kedua,pelbagai ragam para media saya perhatikan...dan banyak pengalaman saya dapat dapat pada hari pertama dan kedua perhimpunan,ini kerana saya mengalami sakit belakang yang amat sangat sehinggakan saya sukar untuk berjalan jauh. pada hari ketiga hingga ke lima,saya hanya membawa kamera untuk membuat liputan,saya berpaksa berlari,berlanggar dan tajam mata untuk melihat pergerakan "My Boss". Untuk pengetahuan semua,ni lah pengalaman pertama yang paling seronok saya rasakan walaupun sensara menahan kesakitan belakang. ini adalah kerana,ini merupakan program terbesar yang melibatkan semua perwakilan umno seluruh malaysia. dan di sini juga,saya dapat melihat secara dekat pemimpin-pemimpin umno terutamanya bekas perdana menteri malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini saya hanya melihat pada televisyen sahaja. Terima kasih kepada saudara jaafar dan seluruh krew My Boss kerana dapat berkongsi pengalaman sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2008 ini. Apa - apa pun tahniah kepada Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukin kerana berjaya menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia bagi tempoh tiga tahun akan datang. Nombor 11 " tatap" bertuah.....Sekian Terima kasih
Sunday, March 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku di KL juga masa tu. outstation buat kerja proses filem di jalan semarak (wisma tanah). Malam aku p tgk ora ng kg di PWTC. Ada kau gambar orang bertumbuk tu? ketawa aku tgk gelagat orang kg sana tu. anyway ramai juga bisaya beaufort saya jumpa. paling glamer si Jual.
ReplyDelete