Kali ni saya nak kongsikan bersama kepada anda pengalaman pertama saya di hari pertama saya pada perhimpunan agung umno 2008 di PWTC Kuala Lumpur...Saya bersama beberapa orang rombongan media dari sabah seperti saudara jaafar,pak kasem TV3 dan Rafi TV3 hendak ke PWTC seawal yang mungkin..tapi oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan,kami terpaksa menunggu hujan reda sedikit sehinggalah pada jam 11.00 pagi (lebih kurang mcm tu lah) kami pun bertolak ke PWTC dengan menggunakan LRT daripada hentian Plaza Rakyat ke PWTC.. o ye lupa plak,tempat kami tinggal ni kat MAY VIEW GLORY HOTEL kat puduraya,nasib tak kat penjara pudu....kita sambung cite tadi,kami menaiki LRT dengan di "guide" oleh anak kepada Krew TV3,pak kasem yang dah lama tinggal di KL ni....sampai je kami di LRT,kami pun apa lagi,bergambar kunun untuk kenangan....beberpa minit kemudian saya ngan krew media yang lain pun sampai di PWTC pada jam 12 tgh hari lah mcm tu...pas tu saya ngan saudara jaafar ke tingkat 7 bangunan UMNO untuk mengambil Kad Media bagi di gunakan sepanjang perhimpunan berlangsung... teruja campur gembira apabila pertama kali menjejaki bangunan PWTC dan bangunan UMNO yang sebelum ini hanya saya lihat di TV....Terima kasih lah buat saudara jaafar yang membawa saya merasai dan berkongsi pengalaman bagi membuat liputan media sepanjang perhimpunan agong UMNO ini...apabila kami selesai mendapatkan kad media tersebut,kami pun membuatlah apa yang patut macam makan...bab perut pun dah lapar..hehehe.. kira2 pada jam 3 petang,tugas pertama saya pun bermula apabila My Big Bos bertemu pemimpin-pemimpin umno seluruh malaysia dalam satu majlis taklimat tertutup bersama presiden umno...pada sebelah malamnya pula saya wat pula liputan untuk Perasmian serentak puteri wanita dan pemuda umno yang di rasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun ab razak...hajat nak balik selepas Datuk Najib dtang,tapi sekali tgk,ada pula My Big Boss datang,terpaksalah tunggu...pas tu hampir jam 12 tgh malam,saya bersama krew media pun balik ke hotel... bila datang hotel,kami pun makan di bawah tu..lapar sangat lah katakan...hehehe...hampir jam 3 pagi juga lah baru kami tidur semua..Jumpa lagi pada pengalaman saya di hari kedua...
terima kasih.....
ha.ha.ah..nah tulah pengalaman pertama kau pula..ni memang begitu..kena sedia semua baru kita ke pwtc...makan mesti makan tapi makan awal dan bawa bekal..nasib tidak pengsan..tapi boss mu menang juga..sama juga dengan bos ku
ReplyDeletemahal juga kan makana sana masa tu. siap main kupon lagi tu. padahal nda sedap pun
ReplyDelete