Monday, May 18, 2009

TEAM BLOGGERS 1BEAUFORT

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, komuniti blogger di Malaysia, iaitu Team Bloggers 1beaufort dapat ditubuhkan dengan jayanya. Saya bagi pihak Team Bloggers 1beaufort (TB1b) mengalu-alukan penyertaan anda di dalam TB1b ini agar kita semua dapat sama-sama bertukar pandangan dan buah fikiran di samping dapat memberikan info kepada masyaarakat di daerah beaufort seterusnya di negeri Sabah.Penyertaan terbuka kepada semua penggemar dan mereka yang mempunyai laman blog sendiri yang berasal daripada daerah beaufort sendiri. bagi mereka yang luar daripada daerah ini juga di alu-alukan bagi menyertai TB1b ini.Pihak TB1b akan menyusun beberapa program dan aktiviti yang akan lebih kepada mendekati kepada masyarakat sekitar.
Bagi mereka yang ingin menyertai TB1b ini,anda dikehendaki menyertakan
1. Nama
2. Email
3. Alamat Laman Blog
4. Nombor telefon
5. alamat surat menyurat
dan emailkan kepada kliasboy@yahoo.com.

YURAN?
Adakah sebarang yuran atau bayaran dikenakan untuk menyertai team ini? Jawapannya, TIDAK. TB1b hanya memerlukan sokongan, semangat dan sedikit pengorbanan masa daripada para blogger. Namun, untuk program-program tertentu, kita mungkin akan mengenakan sedikit bayaran/sumbangan yang ikhlas daripada anda.

SUMBER?
Kalau tidak ada yuran, dari mana dapat sumber kewangan untuk menampung program? Sumber kewangan untuk program ini adalah daripada sumbangan peribadi beberapa orang blogger dan orang perseorangan serta tajaan daripada pihak tertentu.


Syarat Buka Akaun SSPN Untuk Dapatkan PTPTN Dimansuh

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) -- Semua pemohon Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini tidak lagi diwajibkan membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan sekurang-kurangnya RM20.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemansuhan syarat itu bertujuan membolehkan kemudahan PTPTN dinikmati oleh lebih ramai pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.
"Tapi ia tidak pula bermakna kementerian tidak menggalakkan penabungan kerana ia penting jika berlaku perkara di luar jangkaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.
Seramai 909 pegawai dipilih sebagai penerima anugerah pada majlis itu, termasuk pegawai di peringkat politeknik dan kolej komuniti.
Sementara itu Mohamed Khaled berkata pihaknya juga sedang mengkaji beberapa syarat kelayakan bagi mendapatkan pinjaman PTPTN itu dalam usaha membolehkan kemudahan tersebut dinikmati lebih ramai pelajar.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan yang dimuatkan dalam ruangan forum sebuah akhbar hari ini yang meminta supaya peruntukan pinjaman PTPTN dikira berdasarkan tanggungan sebenar keluarga pemohon.
Dalam perkembangan lain Mohamad Khaled berkata 803 Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dinaikkan pangkat menerusi Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang diwujudkan tahun lalu.
"Skim ini diwujudkan bagi memberi peluang kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pensyarah-pensyarah politeknik dan kolej-kolej komuniti.
"Kelulusan kenaikan pangkat ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan anggota perkhidmatan awam," katanya.
Skim PPPT diwujudkan untuk pensyarah-pensyarah politeknik dan kolej komuniti yang sebelum ini diletakkan di bawah Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Diploma (PPPLD).

SATU MALAYSIA- GURU PEMBINA BANGSA NEGARA

DALAM tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat negara ini tentang betapa mustahaknya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi mengganti sistem pendidikan penjajah, memenuhi kehendak negara mengikut acuan sendiri.

Dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan juga bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamatnya, memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

Atas kesedaran inilah lahirnya satu Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Pada 1974, satu jawatankuasa kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan memenuhi keperluan bagi pembangunan negara dicapai.

Kemudiannya kini, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 di mana salah satu teras strategiknya adalah membina negara bangsa tanpa meninggalkan pembangunan modal insan yang mempunyai nilai tambah.

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran memandang serius terhadap keperluan menyediakan guru-guru yang berkualiti tinggi. Oleh itu, terdapat pelbagai program yang telah dan sedang dijalankan menuju matlamat tersebut seperti program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), pensiswazahan guru melalui pengajian sepenuh masa dan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan di Institut Perguruan.

Walaupun begitu, produk yang berkualiti iaitu pelajar yang cemerlang yang mampu dihasilkan daripada bilik darjah sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada pada Pengajaran dan Pembelajaran atau lebih biasa dikenali sebagai P & P.

Sempena hari guru yang jatuh pada hari ini yang disambut di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa, amatlah bertepatan dengan dasar-dasar yang telah kerajaan gubal dan wujudkan, hanya berobjektifkan kepentingan anak bangsa.

Sehubungan itu, objektif sambutan hari guru ini antara lain ialah menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan perpaduan dan integrasi, pembangunan negara. Di samping itu memberi sumbangan perkhidmatan kepada pembinaan sosio masyarakat dan secara langsung dapat meninggikan martabat dan taraf guru di mata masyarakat yang menghadapi situasi makin mencabar sekarang.

Justeru, tugas guru bukan hanya terbatas sebagai agen pendidik di dalam kelas tetapi juga sebagai agen perpaduan dan integrasi dalam memupuk semangat cintakan tanah air ini.
Terima kasih guru, ‘Guru Pembina Negara Bangsa’.

Puisi ‘Guru Oh Guru’ karya Usman Awang
Berburu ke padang datarDapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajarIbarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

BN TIDAK LAWAN PKR DI PENANTI

(Di Petik daripada Malaysiakini.com)
Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Perdana menteri menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.
Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.
Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.
Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.
Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.
PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.
Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

SUKAN WADAH PERPADUAN KAUM

BEAUFORT: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, sukan mampu menjadi penghubung dan penyatuan masyarakat pelbagai kaum di negara ini khususnya di Sabah.

Katanya,pemimpin disemua peringkat perlu menjadikan aktiviti sukan sebagai alat untuk merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama serta persefahaman dengan masyarakat setempat.

“Langkah ini sudah tentu bertepatan dengan slogan Satu Malaysia,Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan dalam pentadbiran Negara yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan apa juga keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden ASTAKA di dewan masyarakat Pa Musa dekat sini baru - baru ini.

Hadir sama Presiden ASTAKA Datuk Mohd.Lan Alani, Timbalan Presiden Datuk Awang Sham Damit,Pegawai Daerah Beaufort mohd.Sidek Haji Jubar dan Pengerusi pengelola kejohanan Matbali Musa.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sukan Sepak takraw umpamanya dahulu hanya pelopori oleh masyarakat Melayu dan bumiputera sahaja kini ianya diminati dan semakin popular di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“ Ini mencerminkan aktiviti sukan boleh dijadikan wahana perpaduan serta medan untuk menjalinkan semangat berkerjasama antara pelbagai kaum di Negara ini” tambah Lajim

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga meminta agar persatuan-persatuan sukan di negeri ini lebih proaktif dalam menjana kewangan persatuan masing-masing.

Katanya, setiap tahun kerajaan memperuntukan kewangan kepada semua persatuan sukan di negeri ini, bagaimanapun jumlah peruntukan bergantung kepada prestasi dan keperluan sesebuah persatuan sukan itu.

“Selain bantuan kerajaan, persatuan sukan juga perlu bijak mencari sumber kewangannya sendiri, ini termasuklah sokongan dari sektor koprat dan swasta ,kerana tanpa kedudukan kewangan yang stabil persatuan sukan akan bermasalah untuk mengadakan sebarang aktiviti” katanya

Sementara itu pasukan Sepaktakraw SUKMA 2010 muncul sebagai johan kejohanan tersebut dengan mengenepikan pencabar terdekatnya pasukan Pedalaman Bawah Beaufort yang hanya mampu menduduki tempat kedua


AHLI PBBS PERLU HARGAI JASA PEMIMPIN TERDAHULU

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS),Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mengingatkan agar semua ahli PBBS khususnya golongan belia sentiasa memiliki rasa hormat dan menghargai jasa – jasa yang telah diberikan oleh pemimpin yang terdahulu.

Menurut beliau, golongan belia merupakan aset penting Negara bagi mewarisi tonggak kepimpinan pada masa akan datang,bukan sahaja di dalam PBBS tetapi juga untuk negeri dan Negara Malaysia.

“saya juga berharap agar semua ahli PBBS akan terus memainkan peranan dengan memastikan seluruh masyarakat Bisaya di negeri ini terus bersatu padu dan menyokong kepimpinanan tertinggi negeri dan negara demi menjamin kelangsungan suasana aman dan harmoni yang sedang kita nikmati sekarang ini,” katanya

Beliau menyeru agar semua ahli PBBS dapat memartabatkan seni budaya masyarakat Bisaya keseluruh pelusuk tempat agar dapat menjadi sebagai salah satu daya tarikah pelancong kenegeri Sabah.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBBS Kali kedua di salah sebuah hotel terkemuka,disini baru – baru ini.

Tambahnya, Kesenian yang unik seperti bagandang yang sukar di temui dalam mana – mana negeri di Malaysia merupakan salah satu produk pelancongan yang boleh di manfaatkan seterusnya mengusahakan penghasilan produk – produk kraftangan yang belum diusahakan secara komersial.

“PBBS juga perlu turut sama memainkan peranan dalam usaha menjelaskan visi dan misi Kerajaan Barisan Nasional kepada masyarakat Bisaya keseluruhannya agar mereka dapat memahami matlamat perjuangan yang sebenar,” ujarnya.

Dalam pada itu,Lajim berkata, Perayaan Adau Janang Gayuh yang disambut oleh Masyarakat Bisaya bagi memperingati dan menghargai jasa para pemimpin bisaya akan di masukkan di dalam Kalendar pelancongan pada tahun akan datang.

“Sambutan perayaan seperti ini amat penting bagi mengekalkan perpaduan diantara masyarakat bisaya dengan masyarakat lain di negeri ini tanpa mengira fahaman agama dan bangsa,” katanya sambil berharap agar perayaan Adau Janang Gayuh pada tahun ini akan lebih meriah dari sebelumnya.

Perayaan Adau Janang Gayuh 2009 dijangka akan diadakan pada 17 – 19 Julai depan yang akan di adakan bertempat di Kampung Kerukan dalam daerah Kuala Penyu.

Hadir sama pada mesyuarat AMT,Pemangku Timbalan Presiden,Hajah Siti Aideh Hj Lokin,Naib – naib presiden,Haji Samin Haji Ongki,Tarawi Rukot dan beberapa AMT PBBS.OLEH ERDIE AB WAHID


IBUBAPA DAN GURU REALISASIKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA

BEAUFORT: Ibu bapa dan para guru diseru agar merealisasikan modal insan kelas pertama yang menjadi tanggungjawab semua pihak di laksanakan dengan sebaiknya agar dapat membentuk sahsiah diri serta kemajuan pendidikan anak-anak.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata mereka juga harus memperkasakan diri dengan ketinggian jatidiri,kemantapan pegangan agama dan keunggulan Ilmu pengetahuan.

Teks Ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politik Kepada Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Insfrastuktur,Isnin Aliasneh pada Majlis Perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKEP) 2009 bertempat di Dewan SMK Beaufort II,disini pagi kelmarin.

“Para pelajar juga diingatkan agar dapat menguasai Teknologi Maklumat ICT dan aktif di dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Tambahnya lagi,Kerajaan kini telah memperuntukkan sebanyak RM 12.3 Billion dalam Rancangan Malaysia Ke-9 demi memperkasakan system pendidikan kearah pembangunan modal insan kelas pertama.

“Keprihatinan kerajaan ini amat terbukti melalui Program Lonjakan Perdana dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,” Kata Isnin yang mewakili lajim pada majlis itu.

Beliau juga turut menyeru kepada semua pelajar agar dapat merubut peluang dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang ada agar Daerah Beaufort mampu melahirkan lebih ramai Bakal Peneraju Negara pada masa akan datang.

“Selain itu juga,para pelajar juga harus mengamalkan gaya hidup sihat dan menghindari daripada terjebak daripada masalah social seperti membuli, gangsterisme, vandalisme, penagihan dadah, mat rempit dan sebagainya,” Ujarnya.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort yakin dengan adanya komitmen guru-guru,ibu bapa dan masyarakat setempat mampu membentuk anak – anak menjadi modal insane kelas pertama.

Pada majlis itu,seramai tiga orang pelajar telah menerima Anugerah Pelajar Harapan iaitu,Nathanel Wong Fui Yong (PMR), Khairul Izzat Jair (SPM) dan Muhd Abil Hawariy Matsah (STPM) manakala adik Faiznur Farhana Jaafar dianugerahkan Anugerah Khas Pengetua.

Hadir Sama pada majlis itu ialahPegawai Pelajaran Daerah Beaufort,Salleh Edrus,Pengetua SMK Beaufort II,Tuan Hj Mahamad Shukri Bin Said,Penolong Kanan Pentadbiran,Norzam Md Yusof,AJK UMNO Bahagian,Pegawai – Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan Guru- guru SMK Beaufort II. Oleh : ERDIEHAZZUAN AB WAHID