Monday, May 18, 2009

PUSAT KHIDMAT PARLIMEN BEAUFORT SUMBANG BARANGAN KOMPUTER KEPADA SMK GADONG


SUMBANGAN….Satu Majlis Ringkas Penyampaian Sumbangan Berupa Satu Set Komputer dan Satu Set Komputer Riba daripada Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen Beaufort kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong telah diadakan di Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen Beaufort baru – baru ini. Barangan Peralatan Komputer tersebut telah di sumbangkan oleh Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bagi kegunaan sekolah berkenaan. Kelihatan Dalam Gambar,Pegawai Perhubungan Kanan,Ibrahim Salim (dua kanan) mewakili Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia menyampaikan barangan komputer kepada Wakil SMK Gadong,Lil Kiflee Hj Kadir (kiri) sambil di saksikan oleh kakitangan Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen Beaufort.

GURU SENTIASA JAGA PROFESION PERGURUAN

BEAUFORT : Para guru diingatkan agar sentiasa menjaga profesion perguruan agar sentiasa dihargai dan dihormati oleh para pelajar dan masyarakat.

Penyelia Pendidikan Sekolah Agama Negeri (SAN) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Bahagian pendalaman bawah,Tuan Hj Jusih Hj Sarin berkata, para guru juga perlu mementingkan dan menjaga disiplin diri sebagai seorang guru.

“para guru juga telah banyak berkorban segalanya demi menyalur ilmu kepada anak bangsa kita untuk masa depan yang cemerlang.

Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru SAN JHEAINS peringkat Zon Klias Beaufort bertempat di SAN Rancangan Klias,disini pagu kelmarin.

“Tanpa adanya pengorbanan para guru, Anak bangsa kita khususnya bangsa melayu tidak akan dapat mewujudkan dan merealisasikan Modal Insan kelas pertama,” kata jusih.

Jusih yang juga Setiausaha Bahagian UMNO Beaufort berkata, Pihak kementerian pelajaran serta beberapa agensi berkaitan pelajaran sentiasa menghargai guru sebagai salah satu komponen Pembina Negara dan bangsa khususnya kaum melayu.

Tambahnya lagi,tugas bagi mendidik para pelajar merupakan amanat yang begitu berat dan besar kepada para guru.

“Saya menyeru kepada mereka yang bergelar pelajar mahupun murid, hargailah segala pengorbanan dan jasa para guru yang telah banyak mendidik anda bagi mencapai cita – cita anda kini,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi,para pelajar serta golongan belia khususnya bangsa melayu agar dapat mempelajari dan mendalami ilmu keagamaan agar mereka dapat menjadi seorang yang penuh dengan ilmu keagamaan.

“ini kerana,golongan belia khususnya masyarakat melayu kurang meminati dan mempelajari bidang keagamaan secara mendalam dan serius.” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis itu,Pengerusi kokurikulum Zon Klias,Ustaz Ahmad Shamsudin Hj Moksin, dan Penyelia KAFA Zon Klias,Ustaz Nasri Masih. Oleh ERDIE AB WAHID



MASALAH SETINGGAN DI SABAH AKAN DIATASI SEGERA


KUALA PENYU: Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha memastikan masalah setinggan di negara ini khususnya di Sabah dapat diatasi dengan segera.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan persekutuan telah menambah peruntukan bagi mengatasi masalah setinggan di negeri ini.

“Penambahan peruntukan tersebut adalah bagi kawasan setinggan yang didiami masyarakat bumiputera Sabah dan bukannya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO DUN Kuala Penyu 2009 di Dewan Dato Shahbandar Makang,disini kelmarin.

“Kerajaan akan menyediakan penempatan baharu yang lengkap dengan kemudahan asas dan akan memberikan notis tiga hingga enam bulan bagi memudahkan mereka berpindah ke penempatan tersebut sebelum bertindak merobohkan rumah setinggan mereka.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kementeriannya juga akan berusaha menyalurkan bantuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama sekali bagi mengatasi masalah setinggan serta masalah sampah di negeri ini.

Tambahnya lagi,Sehingga kini telah banyak projek perumahan rakyat serta projek sewa beli telah dimulakan bagi menyelesaikan masalah setinggan terutama sekali kawasan yang mempunyai permintaan tinggi seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


“Projek perumahan sewa beli itu dibuat agar pekerja yang datang dari luar Kuala Lumpur mampu mendapat kemudahan perumahan yang murah dan selesa dengan hanya membayar sewa sebanyak RM124 sebulan bagi rumah yang mempunyai tiga bilik,” ujarnya lagi. Oleh : Erdie Ab Wahid



SALAM...Lajim bersalaman dengan masyarakat Kuala Penyu yang hadir pada majlis perasmian itu.

Sunday, May 17, 2009

KPKT AKAN SERAGAMKAN AKTA PERATURAN PBT


KUALA PENYU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan berusaha menyeragamkan beberapa akta peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta skim perumahan di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (Gambar) berkata, usaha itu perlu dilakukan memandangkan terdapat beberapa peraturan seperti Akta Hiburan yang tidak seragam di beberapa buah negeri.

“Sebagai contoh Akta Hiburan di Sabah berbeza kerana ada yang dibuka sehingga pukul satu pagi sementara beberapa buah negeri di Semenanjung dibuka sehingga pukul dua dan tiga pagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Perasmian Serentak (Berkelompok) Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO DUN Kuala Penyu 2009 di Dewan Dato’ Shahbandar Makang di sini kelmarin

“Usaha itu perlu dibuat agar hasrat kerajaan merealisasikan konsep Satu Malaysia dapat dicapai dengan jayanya,” kata Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort

Beliau yakin hasrat itu mampu dicapai tetapi akan mengambil masa kerana terpaksa mengambil kira beberapa faktor seperti soal politik, alam sekitar serta beberapa masalah lain sebelum dapat menyelaraskan semua peraturan yang terkandung dalam akta PBT.

Kementeriannya juga perlu mendapatkan maklumbalas daripada masyarakat agar peraturan-peraturan yang bakal dibuat oleh kerajaan persekutuan itu akan membawa kebaikan kepada masyarakat. Oleh : Erdie Ab Wahid

BELIA DISARAN MEMPERJUANGKAN SYIAR ISLAM

BEAUFORT: Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Seri Lajim Ukin berkata, golongan belia merupakan aset utama Negara dalam memperjuangkan syiar islam pada masa kini dan akan datang.

Katanya,belia kini haruslah belajar mempelajari dan mendalami syiar islam agar dapat menjadi seorang yang berpendidikan luas dalam bidang agama.

“Pada zaman kini,golongan belia begitu kurang untuk meminati dan mendalami pengetahuan agama islam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Memperingati Sirah Rasullallah di Balairaya kampung lajau di sini baru – baru ini.

Selain itu katanya, Golongan belia perlu kembali menghayati perjuangan syiar islam dan perjuangan Rasulallah di mana baginda mampu menyatukan bangsa Arab daripada pelbagai qabilah selain mendamaikan puak Aus dan Khazraj di bawah satu bumbung.

“Umat islam khususnya golongan belia perlu kembali membina kesatuan yang utuh bagi mengangkat kembali martabat masyarakat islam melalui peningkatan semangat patriotisme iaitu kecintaan kepada tanah air,” kata lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Menurutnya,pada era yang semakin mencabar ini,Negara memerlukan generasi belia yang berkualiti daripada kelompok masyarakat yang berilmu dengan menguasai pelbagai ilmu keagamaan.

Ini kerana katanya ,matlamat bagi melahirkan umat islam berjiwa besar,berilmu dan bersemangat kental bagi menggerunkan musuh – musuh islam.

“Hanya generasi yang berkualiti akan dapat melaksanakan agenda besar bagi membina kemajuan,peradaban dalam pembangunan negara,” ujarnya. Oleh : Erdie Ab Wahid



K-BESTARI SAMPAIKAN MAKLUMAT DENGAN SAHIH DAN TEPAT

KUALA PENYU : Komuniti Bestari Jabatan Penerangan (KBJP) disaran hendaklah memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat – maklumat sahih,tepat dan berkesan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat diperingkat akar umbi.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, Melalui penubuhan Komuniti Bestari Jabatan Penerangan akan dapat menangkis tohmahan daripada pihak – pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keamana Negara.

“Kesetiaan masyarakat mestilah dipertahankan bagi melestari dan meneruskan kesinambungan kerajaan yang memerintah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Baru,Datuk Seri Najib Tun Ab Razak yang mempunyai integriti teguh bagi memastikan kesinambungan pembangunan untuk rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bersepadu Komuniti Bestari Bersama Jabatan Penerangan Sabah bertempat di Padang Kampung Mansud di sini pagi kelmarin.

“Saya beharap agar dengan adanya program seperti ini (Program Bersepadu Komuniti Bestari) akan dapat mengerakkan lagi komitmen masyarakat bagi membudayakan slogan Perdana Menteri Malaysia iaitu,Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan.” Kata Lajim.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menambah,Tanggungjawab dan amanah yang diletakkan diatas bahu Perdana Menteri perlu kita sokong dan membantu dalam apa juga yang berlaku.

“Saya berharap agar Komuniti Bestari Jabatan Penerangan akan dapat merealisasikan kehendak kerjaan iaitu menterjemah maklumat mengikut kehendak rakyat,” ujarnya lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Ketua Bahagian UMNO Beaufort,Datuk Kimjus Duim,Pegawai – pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Beaufort dan beberapa Ahli Jawatankuasa UMNO Beaufort. OLEH ERDIE AB WAHID



BERSATU DAN BERMUAFAKAT JAYAKAN SATU MALAYSIA

BEAUFORT : Masyarakat berbilang kaum di negeri ini diingatkan agar terus mengamalkan sikap bermuafakat dan bersatupadu bagi menjayakan konsep “Satu Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,keharmonian dan sikap muakafat serta bersatu padu inilah yang akan menjadi asas kepada kejayaan semua masyarakat berbilang kaum.

“Kekayaan warisan tradisi seni dan budaya yang dimilik rakyat ini turut menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran untuk faedah rakyat seterusnya Negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa’ Musa Beaufort,disini petang kelmarin.

“Melalui perayaan ini seluruh masyarakat dapat mengukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama dikalangan masyarakat bagi membantu kerajaan negeri dan pusat dalam menjayakan rancangan pembangunan kerajaan,” kata lajim

Katanya lagi,perayaan ini juga dapat membantu mempromosikan tempat-tempat menarik di daerah beaufort serta dapat mengetengahkan produk-produk kraftangan ke peringkat antarabangsa.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut berharap agar masyarakat pelbagai etnik khususnya di sabah dapat memanfaatkan perayaan ini sebagai wadah bagi mengeratkan perpaduan demi kemakmuran Negara.

“Saya berharap agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dan mengembeling tenaga bersama pemimpin agar pembangunan terus terlaksana,”ujarnya lagi

HAdir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Politik Kementeian Pembangunan Insfrastuktur,Isnin Aliasneh,Pegawai Daerah Beaufort,Tuan Haji Sidek Jubar,Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Klias,Tuan Haji Razali Mohd Tahir dan Ahli Majlis Tertinggi KDCA,Datuk Kimjus Duim.OLEH : ERDIE AB WAHID.