Tuesday, February 24, 2009

PERTANDINGAN FOTOGRAFI TERBUKA BEAUFORT

Kepada semua penggemar Fotografi,satu pertandingan fotografi akan di adakan pada awal bulan april depan..pertandingan ini akan diadakan pada setiap bulan yang mana kategorinya akan di berikan mengikut urutan bulan dalam tahun 2009 ini. Pertandingan ini adalah anjuran Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kota Klias dengan kerjasama Shery Photography. Penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat malaysia,khususnya di Negeri Sabah ini bagi menyertai pertandingan ini. Iklan dan borang pertandingan akan di "upload" di laman blog ini dan beberapa blog rakan yang lain. Pihak kami mengalu-alukan penyertaan anda semua. Pada masa kini,pihak kami ingin mendapatkan maklumbalas daripada pihak tuan tentang pertandingan ini dan perkembangan dunia fotografi. maklum balas pihak tuan bolehlah di emailkan kepada sheryphotography@yahoo.com
Majulah Fotografi Untuk Negara

No comments:

Post a Comment