Sunday, March 29, 2009

PENGALAMAN TERBESAR DALAM KARIER DALAM MEDIA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua kawan - kawan dan semua yang membaca blog saya ini..kali ni saya nak berkongsi sediit pengalaman yang paling besar sepanjang saya berada dalam karier media..bermula pada 2 januari 2008,saya di terima bekerja di akhbar Utusan Borneo sebagai jurugambar...walaupun hanya memegang pangkat jurugambar,saya juga turut di arahkan untuk menjadi wartawan...walaupun gaji yang sedikit...selang beberapa bulan kemudian saya di tugaskan kebeberapa daerah untuk membuat liputan media sepanjang musim pilihanraya umum ke 12...saya rasa pada masa itu,itulah pengalaman saya yang saya rasa paling besar,tapi rupanya ada lagi yang paling besar.. (jap lagi saya ceritakan). tanggal tarikh 17 April 2008 saya berhenti sebagai jurugambar di Utusan Borneo dan berpindah kerja sebagai Setiausaha akhbar kepada Menteri pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna sabah...pada masa itu,saya hanya berkerja selama satu minggu atas sebab dalaman pentadbiran pejabat menteri. selepas daripada itu,saya hanya bergerak sebagai wartawan bebas di kawasan saya iaitu daerah beaufort. Tanggal 23 Oktober 2008,Saya dilantik sebagai Pegawai Akhbar kepada Ahli Parlimen Beaufort,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Alhamdullilah,sekarang dah hampir 6 bulan saya berkerja bersama beliau,pelbagai cabaran,dugaan yang saya tempuhi sepanjang bekerja bersama beliau. yang paling seronok saya selesa bekerja bersama beliau dan semua pegawai dan Barisan Kepimpinan UMNO bahagian beaufort. Sekrang pada tanggal 23hb Mac 2009 yang lepas,saya di tugaskan membuat liputan media Pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 Di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang bermula pada 24 - 28 Mac 2009. Pada hari pertama dan kedua,pelbagai ragam para media saya perhatikan...dan banyak pengalaman saya dapat dapat pada hari pertama dan kedua perhimpunan,ini kerana saya mengalami sakit belakang yang amat sangat sehinggakan saya sukar untuk berjalan jauh. pada hari ketiga hingga ke lima,saya hanya membawa kamera untuk membuat liputan,saya berpaksa berlari,berlanggar dan tajam mata untuk melihat pergerakan "My Boss". Untuk pengetahuan semua,ni lah pengalaman pertama yang paling seronok saya rasakan walaupun sensara menahan kesakitan belakang. ini adalah kerana,ini merupakan program terbesar yang melibatkan semua perwakilan umno seluruh malaysia. dan di sini juga,saya dapat melihat secara dekat pemimpin-pemimpin umno terutamanya bekas perdana menteri malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini saya hanya melihat pada televisyen sahaja. Terima kasih kepada saudara jaafar dan seluruh krew My Boss kerana dapat berkongsi pengalaman sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2008 ini. Apa - apa pun tahniah kepada Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukin kerana berjaya menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia bagi tempoh tiga tahun akan datang. Nombor 11 " tatap" bertuah.....Sekian Terima kasih

Wednesday, March 25, 2009

PENGALAMAN HARI PERTAMA BUAT LIPUTAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2008 DI PWTC

Kali ni saya nak kongsikan bersama kepada anda pengalaman pertama saya di hari pertama saya pada perhimpunan agung umno 2008 di PWTC Kuala Lumpur...Saya bersama beberapa orang rombongan media dari sabah seperti saudara jaafar,pak kasem TV3 dan Rafi TV3 hendak ke PWTC seawal yang mungkin..tapi oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan,kami terpaksa menunggu hujan reda sedikit sehinggalah pada jam 11.00 pagi (lebih kurang mcm tu lah) kami pun bertolak ke PWTC dengan menggunakan LRT daripada hentian Plaza Rakyat ke PWTC.. o ye lupa plak,tempat kami tinggal ni kat MAY VIEW GLORY HOTEL kat puduraya,nasib tak kat penjara pudu....kita sambung cite tadi,kami menaiki LRT dengan di "guide" oleh anak kepada Krew TV3,pak kasem yang dah lama tinggal di KL ni....sampai je kami di LRT,kami pun apa lagi,bergambar kunun untuk kenangan....beberpa minit kemudian saya ngan krew media yang lain pun sampai di PWTC pada jam 12 tgh hari lah mcm tu...pas tu saya ngan saudara jaafar ke tingkat 7 bangunan UMNO untuk mengambil Kad Media bagi di gunakan sepanjang perhimpunan berlangsung... teruja campur gembira apabila pertama kali menjejaki bangunan PWTC dan bangunan UMNO yang sebelum ini hanya saya lihat di TV....Terima kasih lah buat saudara jaafar yang membawa saya merasai dan berkongsi pengalaman bagi membuat liputan media sepanjang perhimpunan agong UMNO ini...apabila kami selesai mendapatkan kad media tersebut,kami pun membuatlah apa yang patut macam makan...bab perut pun dah lapar..hehehe.. kira2 pada jam 3 petang,tugas pertama saya pun bermula apabila My Big Bos bertemu pemimpin-pemimpin umno seluruh malaysia dalam satu majlis taklimat tertutup bersama presiden umno...pada sebelah malamnya pula saya wat pula liputan untuk Perasmian serentak puteri wanita dan pemuda umno yang di rasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun ab razak...hajat nak balik selepas Datuk Najib dtang,tapi sekali tgk,ada pula My Big Boss datang,terpaksalah tunggu...pas tu hampir jam 12 tgh malam,saya bersama krew media pun balik ke hotel... bila datang hotel,kami pun makan di bawah tu..lapar sangat lah katakan...hehehe...hampir jam 3 pagi juga lah baru kami tidur semua..Jumpa lagi pada pengalaman saya di hari kedua...
terima kasih.....

Tuesday, March 17, 2009

BEAUFORT DI LANDA BANJIR BESAR

Berikut merupakan gambar-gambarbanjir yang sempat saya rakamkan....walaubagaimanapun, gambar banjir sekitar daerah beaufort saya tak dapat rakamkan kerana saya terputus hubungan untuk ke pekan beaufort

Di Kampung Kebatu


Jalan Pintas BY Pass Limbawang

Kampung Pilajau
Kampung Pilajau
Balai Polis Kampung Pilajau

Banjir kat jalan limbawang

jalan limbawang

Rumah My Ipar Kat Kampung Takuli

Kampung Kebatu
Mangsa Banjir tinggal di Bas Top Pilajau

Depan Rumah ADUN Klias
Air megalir deras

Rumah ADUN Klias

Thursday, March 5, 2009

PERTANDINGAN FOTOGRAFI KEBUDAYAAN 2009

Hai Semua....Satu pertandingan fotografi kebudayaan akan diadakan bersempena dengan festival belia beaufort. pertandingan ini akan diadakan pada setiap bulan sepanjang tahun 2009. anda bolehlah menghubungi AJK penganjur di talian 0198072436 atau email sheryphotography@yahoo.com


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Terbuka kepada semua rakyat Sabah
2. Peserta dibenarkan menghantar TIGA (6) penyertaan dalam satu borang penyertaan sahaja dan layak memenangi salah satu hadiah yang dipertandingkan.
3.Peserta dibenarkan menggunakan gambar dalam bentuk format Digital dan semua penyertaan hendaklah disertakan dengan salinan asal fail digital.
4. Pihak penganjur juga berhak membatalkan mana-mana penyertaan jika didapati tidak menepati kaedah dan syarat-syarat penyertaan.
5.Ukuran gambar 5R bersama keterangan gambar.
6.Yuran Penyertaan sebanyak RM15.00 dan bahan penyertaan tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Biro Kebudayaan Badan Bertindak Belia Beaufort.
7.Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan pada bahan penyertaan. Semua Kos penghantaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
8.Pemenang akan dihubungi melalui telefon atau surat
9.Keputusan pengadil adalah muktamad,sebarang surat menyurat atau panggilan tidak akan di layan

HADIAH YANG DITAWARKAN
Johan : Wang Tunai + Sijil
Saguhati : Wang Tunai (3 Peserta) + Sijil

Borang Penyertaan hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 23 April 2009
* Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur
0195828592 / 0138450509 / 0198072436

terima kasih...