Tuesday, February 24, 2009

PERTANDINGAN FOTOGRAFI TERBUKA BEAUFORT

Kepada semua penggemar Fotografi,satu pertandingan fotografi akan di adakan pada awal bulan april depan..pertandingan ini akan diadakan pada setiap bulan yang mana kategorinya akan di berikan mengikut urutan bulan dalam tahun 2009 ini. Pertandingan ini adalah anjuran Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kota Klias dengan kerjasama Shery Photography. Penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat malaysia,khususnya di Negeri Sabah ini bagi menyertai pertandingan ini. Iklan dan borang pertandingan akan di "upload" di laman blog ini dan beberapa blog rakan yang lain. Pihak kami mengalu-alukan penyertaan anda semua. Pada masa kini,pihak kami ingin mendapatkan maklumbalas daripada pihak tuan tentang pertandingan ini dan perkembangan dunia fotografi. maklum balas pihak tuan bolehlah di emailkan kepada sheryphotography@yahoo.com
Majulah Fotografi Untuk Negara

Tuesday, February 10, 2009

MAJU SETAPAK LAGI

Kali ni shery photography maju setapak lagi apabila kakitangan shery photography akan membuat perkhidmatan video bagi majlis - majlis perkahwinan dan majlis - majlis keramaian. buat permulaan,shery photography menawarkan harga pada kadar yang berpatutan iaitu daripada RM350 - Rm500 keatas sahaja.. walaubagaimanapun,ianya adalah bergantung atas perbincangan pelanggan bersama pihak sherphotography.untuk maklumat lanjut,anda bolehlah menghubungi talian kakitangan kami di talian = 0198072436.
terima kasih...

Monday, February 9, 2009

KONGSI IDEA

Baru - baru ni pada 8 Ferbuari 09,saya telah berjumpa dengan rakan - rakan sekompeni saya.. dorang ni kira otai lah dalam bidang grafik,photography,video dan editing.. apa lagi,saya pun berkongsi pengalaman mereka. pada sebelah pagi,saya berjumpa ngan mr azami,dia ajar dan berkongsi ngan saya pengalaman beliau dalam bidang fotografi,kerenah pelanggan yang cerewet,editing video dan sebagainya.pas tu sebelah tengahari beliau bawa saya pigi cari peralatan untuk video pula kat centre point.pada masa tu baru lah saya tau tentang beberapa teknik yang saya belum penah jumpa dan praktikkan..pada sebelah malamnya pula,saya berjumpa mr johnny,di sana dia mengajar saya berbagai2 teknik2 grafik..baju bertukar warna,org jadi kembar dan sebagai.memang banyak yang saya pelajari dari mereka..bila saya praktikkan balik,memang seronok. bagi mereka yang minat fotografi,jgn malu untuk bertanya,jgn segan untuk belajar,kerana ini semua akan memberi satu pengalaman baru bagi kita semua....
terima kasih

KENAPA JURUGAMBAR PERLU DI BAYAR LEBIH (COPY FROM AZAMIBONGSU.BLOGSPOT)

Ramai orang mempertikaikan kenapa jurugambar-jurugambar tertentu mengenakan bayaran lebih. Tetapi tidak ramai yang tahu kenapa dia perlu bayar lebih. Disini, saya ada sedikit maklumat tentang kenapa kita perlu bayar jurugambar.
1. Kemahiran jurugambar
Seseorang jurugambar perlulah ada daya kreativiti yang tinggi, berkomunikasi yang baik, teknik penggambaran yang sempurna dan berkualiti. Ini bermakna, kemahiran ini mestilah dilalui dengan banyaknya pengalaman, pengetahuan dan latihan. Demi untuk itu, tidak hairanlah kalau ada jurugambar sanggup berhabis wang ringgit untuk meningkatkan diri mereka dengan kemahiran. Kesimpulannya, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar, maka semakin tinggi nilai bayarnnya.
2. Masa perkhidmatan diluangkan
Seorang jurugambar professional adalah orang yang mendapat bayaran dari perkhidmatannya. Bermakna, apabila kita memerlukan perkhidmatannya, kita telah menggunakkan masanya. Baginya, setiap masa amat bermakna dan dia perlu korbankan masanya hanya untuk menjana pendapatannya.
3. kos peralatan
Gambar yang baik dan berkualiti juga dipengaruhi sedikit sebanyak dari peralatan kamera. Kamera yang sangat-sangat berkualti tinggi bernilai ribuaan ringgit.Selain itu, kos penyelenggaran juga perlu diambil kira. Oleh itu, apabila seseorang memerlukan perkhidmatan dari seseorang jurugambar professional, dia sebenarnya bukan sahaja membayar upah masa bekerjanya tetapi juga perlu membayar kos sewa peralatan.
4. kos material
kos material adalah kos yang terdiri dari kos pengangkutan, kos percetakan album, bil telefon, promosi, pengurusan dan sebagainya. Selain dari bayaran kos perkhidmatan, kos-kos material juga perlu diambil kira.
5. perkhidmatan selepas rakaman
Selesai sahaja kerja-kerja penggambaran dilokasi, jurugambar akan pulang untuk menyunting gambar-gambar tersebut. Dia perlu memilih gambar-gambar terbaik sahaja untuk memperbaiki kecerahan gambar, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebaginya.
Setelah kita mengetahui beberapa perkara diatas, kita tidak perlu mempertikaikan tentang kenapa kita perlu bayar jurugambar. Kita perlu memahami dan menghargai peranan seseorang jurugambar. Yang pasti, seseorang jurugambar telah merakamkan detik-detik penting kita yang akan kita tatapi seumur hidup.

MAJLIS PERTUNANGAN DG AZLINAH & ISMAIL

















Assalammualaikum Dan Salam sejahtera..




Kali ni saya nak tunjukkan pada semua antara hasil kerja saya yang baru. ni antara gambar2 yang telah saya edit bersama rakan sekompeni saya,mr johnny. mungkin ada yang hairan kenapa baju pasangan berubah dari warna biru bertukar kepada warna seakan2 warna perak. (warna asal warna biru). ini adalah kerana saya dan rakan saya menggunakan teknik yang jarang orang tahu.... kalau nak lihat gambar2 lain,layari laman web shery photography di http://sheryphotography.webs.com/




terima kasih